SAPS Online sistem Analisis keputusan Peperiksaan pelajar Sekolah. Boleh digunakan secara online.
dibangunkan untuk menganalisis data peperiksaan pelajar di sekolah rendah dan menengah dan boleh dicapai oleh mana-mana pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga pihak sekolah. Sistem Semakan Saps ini akan memaparkan slip keputusan dan mengisi markah peperiksaan pelajar, jadi ibu bapa boleh mengetahui tahap akademik masing-masing secara real time. Login Sistem Analisis Peperiksaan SekolahSAPS secara online dibahagikan kepada dua login iaitu untuk kegunaan ibu bapa dan guru. Login GuruSistem Analisis Peperiksaan Sekolah khas guru boleh dicapai melalui portal NKRA.
Login Untuk Ibu BapaLayari SAPS Ibu Bapa Login Melalui SAPS online ini, ibu bapa atau guru perlu melakukan dua langkah carian iaitu carian murid dan juga carian sekolah.
P/S: Ibubapa digalakkan terlebih dahulu menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui tarikh semakan keputusan markah peperiksaan. Dengan adanya sistem ini, guru dan ibu bapa dapat melihat prestasi pelajar melalui luar sekolah. Ianya mampu mengukur nilai prestasi pelajar dan juga dapat melihat kelemahan pelajar kerana aplikasi ini akan menganalisis data keputusan peperiksaan pelajar. Guru kelas mendapat banyak kebaikan dengan penggunaan sistem ini. Mereka tidak lagi perlu menagih markah pelajar daripada guru matapelajaran sepanjang masa, kerana guru matapelajaran akan mengisi markah mata pelajaran ke dalam SAPS. Diperingkat yang lain pula seperti pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM juga boleh terus melihat prestasi sekolah dengan hanya melayari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Secara Online. Ibu bapa juga boleh membuat semakan online di SAPS tanpa perlu pergi ke sekolah. Kesimpulannya, SAPS Ibu Bapa ini sudah boleh dilakukan secara online. Antara keputusan peperiksaan yang boleh di semak ialah:
0 Comments
Leave a Reply. |